KUALA LUMPUR: Sekretariat Hal Ehwal Industri Halal dan Keusahawanan UMNO Malaysia ditubuhkan untuk menyediakan wadah bagi membela hal ehwal usahawan dan penggiat industri halal.
Menurut Pengerusinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, sekretariat yang baharu ditubuhkan itu bermesyuarat kali pertama semalam.
"Sekretariat ini juga melibatkan wakil dari usahawan, sektor korporat, wakil badan bukan kerajaan (NGO) selain dari wakil sayap-sayap UMNO dan wakil dari Negeri.
"Sekretariat itu akan berusaha untuk membantu usahawan dan perniagaan yang memerlukan sokongan bagi memastikan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera terus diketengahkan.
"Ini demi melahirkan generasi usahawan Bumiputera yang lebih berdaya saing dalam Malaysia Madani," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Antara teras-teras yang dipersetujui oleh sekretariat ini ialah;
i. Memastikan kelangsungan hidup Peniaga Mikro.
ii. Membantu peralihan usahawan daripada syarikat sederhana ke syarikat besar.
iii. Memacu dan memecut perkembangan syarikat besar ke peringkat global.
iv. Melahirkan Technopreneur Bumiputera untuk teknologi masa hadapan.
Pada mesyuarat sama, ahli jawatankuasa sekretariat juga bersetuju dengan ketetapan berikut :
1. Menggalakkan pembabitan profesional dan usahawan berjaya daripada pelbagai latar belakang dan lapisan umur untuk turut sama menyumbang idea dan pandangan bagi memastikan agenda sekretariat berjaya dilaksanakan.
2. Mengadakan sesi libat urus bersama agensi-agensi yang terlibat secara langsung dalam industri halal dan keusahawanan dalam masa yang terdekat bagi memenuhi kehendak industri dan keperluan rakyat.
3. Merangka dan melaksanakan program yang berimpak tinggi kepada pemegang taruh.
Astro Awani
Fri May 26 2023
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
Raja Salman undang 1,000 warga Palestin tunaikan haji
Raja Arab Saudi undang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji tahun ini.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Tiga lagi kakitangan Kastam didakwa rasuah kes lori lolos pemeriksaan di KLIA
Mereka yang bertugas di JKDM KLIA, didakwa memperoleh untuk diri sendiri, suapan mengikut jumlah berkenaan, daripada seorang pemilik syarikat berusia 38 tahun.
Lelaki melecur ketika cuba selamatkan kereta Honda dalam kebakaran
Seorang lelaki melecur tahap dua semasa cuba menyelamatkan kereta jenis Honda FD miliknya yang terbakar di Kampung Wakaf Lichong di sini pada Khamis.
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekretariat Industri Halal dan Keusahawanan UMNO bela usahawan, penggiat industri
Menurut Tengku Zafrul, sekretariat yang baharu ditubuhkan itu bermesyuarat kali pertama semalam.